Friday, May 2, 2008

Tazkirah

Assalammualaikum dan sala sejahtera,

Rakan-rakan yang di hormati,
Kita selalu lupa apa yang kita ada, kita selalu ingin apa yang tidak atau belum kita punyai, kita kadang kala kurang bersyukur terhadap apa yang telah diberikan oleh alllah swt didalam kehidupan kita. Kita ada kenderaan yang boleh bergerak dengan baik, tetapi kita rasa kurang baik dan nak tukar yang lain, kita ada pekerjaan yang baik tapi kita rasa kalau dapat kerja lain yang lebih bagus kita bersedia untuk berhenti, kita selalu tidak pernah puas dengan apa sahaja yang ada pada diri kita.

Mungkin kerana kita mahu yang sempurna didalam kehidupan ini tetapi kesempurnaan itu tidak pernah kunjung tiba, Hanya mereka yang benar-benar bersyukur dan berbaik sangka dengan Allah swt sahaja yang mungkin dapat merasai apa yang ada adalah suatu yang terbaik yang telah disusun untuk menjadikan kita benar-benar menghargai pemberian daripada Allah swt. Hargailah apa yang kita ada kerana sekiranya apa yang ada ini diambil oleh Allah swt pada masa itu baru kita sedar dan insaf untuk menghargai hadiah pemberian Allah swt.

Bayangkan sekiranya kita mempunyai ibu, apakah yang kita telah lakukan untuk mengembirakan mereka, mungkin hari ini, esok, minggu hadapan, tahun hadapan atau bila-bila sahaja Allah swt boleh mengambilnya dan mungkin pada masa itu kita tidak kesempatan untuk melakukan yang terbaik buat mereka.

Oleh sebab itu kita perlu untuk melakukan sekarang, dan sekarang yang kita katakan sekarang tidak lagi menjadi sekarang kerana masa itu telah berlalu, kita mempunyai masa sekarang yang begitu pantas berlalu dan ia telah menjadi kenangan atau sejarah bagi diri kita. Tetapi kita perlu ingat bahawa masa yang berlalu tetap dirakamkan didalam buku catitan Allah untuk diberikan balasan di dunia dan di akhirat.

Apakah masa yang telah kita peruntukan untuk anak-anak, isteri, suami, keluarga, ibu bapa dan juga semua orang yang perlu kita berikan perhatian dan komitment kita untuk menjadi hamba Allah swt.

Sekian

No comments: