Friday, May 9, 2008

MAKANAN ORGANIK

MAKANAN BERBAHAYA KEPADA BADAN KITA



Pendapat Profesional 1

Mengikut pakar patologi terkenal serta pemenang hadiah Novel Mal Nikoff:

“Makanan tersumbat dalam system kolon akan bertukar menjadi bahan buangan yang berbahaya. Ia secara tak langsung meracunkan badan kita lalu mendatangkan penyakit dan pecutan usia”. Ini menerangkan teori diagnosis “keracunan cetusan kendiri” dalam bidang perubatan.


Pendapat Profesional 2.

Hendry . Bieler seorang doctor Amerika . telah membuat 4 kesimpulan daripada pengalaman beliau di bidang perubatan selama 55 tahun.


1.Sebab musabab segala penyakit bukannya bacteria tetapi toksin yang berpunca daripada keracunan makanan. Toksin ini menyebabkan kerosakan tisu selalu membawa jangkitan bacteria.
2.Dalam kebanyakkan kes penggunaan ubat untuk merawat penyakit mungkin berbahaya. Nampaknya penyakit itu mungkin sudah sembuh tetapi hakikatnya kesan sampingan ubat berkenaan biasanya membawa kemudaratan.
3.Makanan organic ialah pilihan terunggul untuk merawat penyakit dan menguatkan badan.
4.Naturopati menyepadukan teori dan praktikal fahaman perubatan semula jadi. Manusia sakit kerana toksin yang terkumpul dalam badan.Nama2 penyakit membayangkan kerosakan yang di bawa oleh toksin.




PENGETAHUAN KESIHATAN TENTANG REAKSI2 PROSES PEMULIHAN

Mengikut teori perubatan semula jadi, apabila daya pemulihan semula jadi tubuh mula berfungsi, tubuh anda akan mengalami empat peringkat pembinaan semula iaitu apa yang di katakan “reaksi pemulihan”.


1. Tempoh Reaksi Dalam Tubuh Organik

Penyahtoksikan badan semula jadi dan pembersihan dalaman akan berlaku. Metabolisme manusia akan diaktifkan dan reaksinya adalah seperti berikut:

a.Pengawasan mental akan meningkat
b.Pertahanan badan bertambah kuat
c.Anda kurang berasa letih
d.Wajah muka anda lebih ceria
e.Kulit anda lebih berseri
f.Nafsu syahwat meningkat
g.Bagi jangka masa pendek anda akan merasa pening. Ini kerana pengawasan mental anda telah meningkat dan ia boleh menyebabkan kurang tidur. Walaubagaimanapun ini tidak akan membuat anda merasa letih atau menjejaskan pengawasan tubuh anda.


2 . Tempoh Tindakan Penyahtoksikan.

Mengikut teori perubatan semula jadi, factor utama kesakitan ialah toksin: manusia zaman kini makan dan minum secara tidak terkawal. Banyak makanan mengandungi racun herbal dan baja kimia. Lagipun perkumuhan yang tidak sempurna, tekanan mental yang berterusan, penyalahgunaan ubat dan faktor2 lain akan menyebabkan tubuh badan kita di penuhi oleh toksin. Ini menjadi punca utama penyakit kronik. Oleh yang demikian untuk menjaga kesihatan kita mesti menghapuskan toksin. Usaha “penyahtoksikan” hendaklah di utamakan.


3.Tempoh Sakit2 Sementara

Jangka masa kesakitan badan mungkin bertambah apabila pengaliran darah dalam tubuh di ransang.Semasa proses penyahtoksikan di mana tubuh anda menjalani pemulihan semula jadi, anda mungkin mengalami sakit2 pada seluruh badan. Jika anda pernah mengalami sakit2 badan, kesakitannya adalah lebih jelas. Ini adalah petanda yang baik kerana ia menandakan proses penyahtoksikan sedang berjalan. Kesakitan itu akan hilang dalam jangkamasa pendek.


4. Tempoh Keletihan ketika Pertumbuhan Semula Sel-Sel

Sel tubuh anda akan tumbuh semula dan emosi anda mungkin mengalami berapa ketidakstabilan. Ketika ini sedikit keletihan boleh berlaku tetapi tidak kekal lama.



Sekian.

1 comment:

ummisara said...

salam...

tahniah dah mula tulih blog

minnie