Wednesday, January 14, 2009

Tinjau Pilihanraya Trengganu

Akum Semua..

Mengikut sahabat shed pele ke trengganu tinjau pilihan raya di sana. Dlm perjalanan banyak berbincang tentang malaysia. Shed terpegun dengan keindahan alam semula jadi sepanjang perjalanan ke pantai timur. Banyak sungai, pantai yg indah,tempat persinggahan yg sempurna dengan makanan tempatan yang enak ( keropok leko, laksam,ikan bakar,nasi dagang,gulai itik dan macam2 lagi) lantas memberi gambaran percutian keluarga yang sangat menarik. Cuti raya cina ni dia nak mai dengan keluarga dia melawat ke Trengganu. (Dia tak pernah mai) Jalan highway menjimatkan masa perjalanan...kebetulan kawan kita lama husin kambing berada d kertih ( kata chop husin nak jadi biri2 sebab rambut beruban) refresh kembali zaman kolej.

Perjalanan kami singgah di kertih jenguk husin kambing...(amboi tergelak-gelak dgr celoteh husin, tak berubah langsung). Dia nampak happy family di kertih, anak2 dah besar2 dah, (masing2 di universiti - hebat).

Di trengganu berjumpa dengan Umar Hassan ( Plantation Advisor TDM). Senyum sama, dah settle down di trengganu nampaknya ( dah beli bunglow)..Happy tengok kawan berjaya dalam hidup...

Satu perkara mengingatkan kita semua iaitu hubungan kita member kolej rasa macam baru meninggalkan kolej ( Hebat Pak Mihat mendidik kita - Ukhuwah Fillah). Bila berjumpa dengan kawan2 kolej masing2 bertanyakan dia ni dok mana? si ni dok buat apa? dan ramai lagi dok bertanya...Insyaallah akan paparkan perkembangan kawan2 kolej dalam masa terdekat ni.

Perkembangan pilihanraya di trengganu saya berpendapat 50 - 50. Yang akan menentukan ialah pengundi atas pagar dan pengundi muda. mereka ni golongan educated. mereka ni kebanyakan silent voters. kita tunggu lah 17hb jan ni....hehehe pendapat saya.

Ok..rakan2 kolej sekiranya dapat maklumat rakan2 kita kolej pls beri maklumat di ruangan komen untuk update data base kita...semoga Ukhuwah berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Jumpa lagi wassalam.

No comments: